DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Ogos 31, 2010

BSK 71. Bubur Lambuk Masjid Negeri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ni hari ke 21 kita berpuasa dan masuk malam ke 22 kita akan bersolat tarawih. Apa erti hari2 dan malam2 tu? Well, dah nak habis Ramadan! Huhu. Cuba kawan2 bayangkan, iblis dan sekutu2nya yang kena rantai atau kena jel tu, 7 atau 8 hari je lagi mereka akan beraya sakan. Mungkin beraya dengan kita2 ni kot? Huhu. 


Kami ke Masjid Negeri lepas zohor tadi kerana nak ambil bubur lambuk. Nampak sedap bubur tu. Terima kasih kat mereka2 yang memasaknya. Semoga Allah SWT memberi mereka2 ini ganjaran yang lumayan. Amin.

Kami juga berkesempatan mendengar tazkirah sebelum tu. Dah dipertengahan baru kami sampai. Dapat juga sikit2 nak kami share dengan kawan2. Menurut ustaz yang memberi tazkirah tu, ada 3 golongan manusia yang Allah SWT tidak akan peduli di akhirat nanti.

Yang pertama, mereka yang ada makanan tetapi tidak mahu berkongsi dengan orang2 susah. Dalam maksud lebih moden, orang yang berduit tapi tak nak share duit yang mereka ada. Tak nak sedekah atau yang sewaktu dengan nya. Simpan je harta mereka.

Yang kedua, mereka2 yang memilih kepimpinan kerana mahu mendapat habuan dunia dari pemimpin yang mereka pilih. Jika mahu memilih kepimpinan mesti kerana agama nya. Kawan2 kena hati2 dengan isu kepimpinan ni. Bukan isu kecil perkara ini.

Yang ketiga, mereka2 yang menipu dalam perniagaan. Kena mengikut panduan Islam jika mahu meniaga. Tak berkat dengan cara menipu. Biar untung kecil tapi berkat. 

Itu sahaja info yang dapat kami share. Bubur lambuk tu, minta maaf le, cuma dapat share gambar je. Hehe.

So..... semoga kita semua di bawah perlindungan Allah SWT dari melakukan perkara2 mungkar dan syubhah. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India