DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Ogos 24, 2010

BFK 80. Sup Ekor Untuk 6 Orang

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak cerita sikit mengenai sup yang kami masak Jumaat lepas. Nak juga ceritakan sebelum sup tu dapat dimasak.

Bukan sup tulang atau sup daging tapi sup ekor. Power jugak. Masak style yang masam2 sikit tu.

Kami beli, camno nak kata, phrasa nya sebatang ke? Tak le panjang, dua batang yang lebih kurang 6 inci sebatang. Pasaraya tu kalau dibeli secara pukal, boleh request untuk dipotong dengan mesin pemotong. Kami beli secenonet je terpaksa le potong sendiri kat rumah. Huhu. Tapi dah ada strategi nak overcome problem tu. Haha.

Jom2 ikut kami melayari sup ekor.....

Sebahagian dari peralatan yang kami sediakan. Gergaji besi dan penukul. Bukan calang2 persediaan ni! 

Mula2 plan nya, potong daging sekitar tulang, kemudian di gergaji tulang berkenaan. Berpeluh! Tulang tak jugak putus. Keras betul. Mungkin jugak gergaji yang digunakan terlalu kecil. Huhu.

Plan B, potong jugak daging sekeliling tulang, kemudian letak pisau pemotong di atas tulang dan diketuk dengan penukul. Kelentang, kelentung, kelentang, kelentung. Bukan sekali atau dua kali dihentam boleh putus. Kena berkali-kali jugak. Bunyi betul2 macam orang menukang rumah pulak. Habis camno, kalau tak tak dapat le nak masak ekor tu. Jadi proceed je. Ish ish.

Gunakan plan B baru le ekor tu dapat dipotong. Sebatang di potong 6, jadi kesemuanya 12 potongan kena dilaksanakan. Kelentang, kelentung, kelentang, kelentung. Kami bergilir dengan si abang. Huhu. Menangis juga dibuatnya. Kena guna kudrat juga ni! Hmm.....

Masuk jugak kat dalam periuk akhirnya. Hehe. Bila bab macam ni wife pulak yang ambil alih tugas. Terpulang camno nak dimasak.

Sup yang telah dimasak. Sedap dimakan dengan nasi putih. Nak makan dengan roti? Boleh jugak, sedap kot.

Tu le dia, cara2 nak sediakan sup ekor. Kalau tak nak susah order je kat kedai. Sup ekor untuk 1 orang atau sup ekor untuk 6 orang. Tepuk dada tanya le selera. Hehe.

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan rezeki yang halal lagi diberkati. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India