Bismillah.
Assalamualaikum.
Sedih bila terbaca apa yang dilakukan oleh seorang yang dinamakan "suami" dan "ayah" kepada keluarga sendiri. Sanggup menyimbah asid kat keluarga. Puncanya, dadah! Nauzubillah min zalik.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatakmaafkansuami_/Article
Kita akan dapati juga berita2 yang disiarkan berhubung dengan rampasan dadah yang bernilai jutaan RM di negara kita ini. Apa sebenarnya yang berlaku di negara kita ini?
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PilEramin5RM12_37jutadirampas/Article
Adakah negara kita menjadi tumpuan sindiket dadah antarabangsa? Adakah ada sindiket besar yang beroperasi kat dalam negara kita? Kalau ya, kenapa? Adakah tahap keselamatan negara kita "rapuh"? Menyeramkan bila difikirkan.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah. Bermisikan memerangi ancaman dadah. Sudah pasti agensi ini ada perancangan rapi untuk membenteras masalah ini. Bukan sahaja penyeludupan dari luar negara tetapi lebih penting yang berpusat dalam negara kita sendiri. Kami berharap AADK dan lain agensi yang berkenaan dapat meningkatkan usaha agar matlamat Malaysia bebas Dadah menjelang 2015 tercapai. Ini agar.....
Rakyat negara kita, terutama remaja2 segar bugar dan mekar. Bukan layu dengan masalah dadah.
So.....semoga kita semua dilindungi Allah SWT dari terjebak dengan perkara2 mungkar dan semoga Allah SWT memberi kemakmuran kepada negara kita ini. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan