DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Ogos 13, 2010

BFK 73. Boleh Makan Ke

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami berasal dari Perak, wife dari Selangor. Perak memang terkenal dengan masakan berasaskan tempoyak. Best nya!

Haha, tapi kami sejak kecil tak suka makan benda tu. Dalam keluarga kami cuma abah je yang makan "poyak" ni. Tapi mak pandai sediakan. Bila kami sekeluarga makan, pinggan "poyak" tu berjalan keliling meja. Kejap kami pindahkan, kejap lagi kakak kami pulak, lepas tu adik kami pulak. Lama2 "poyak" tak ada dalam senarai menu utama walau musim durian. Kesian abah! Balik kampong baru dia dapat lepaskan gian. Haha.

Kami pun baru je makan dalam sebulan dua ni. Tu pun kerana wife buat sendiri. Kan wife dah buat, tak kan tak nak makan. Tidur luar kang! Ish ish.

Tapi.....
Ha, yang dah dimasak macam sambal tumis ni. Cili dihiris, bawang dihiris, digoreng bersama ikan bilis. Bila ikan bilis dah garing baru dicampur poyak dan digoreng hingga masak. Boleh tahan! Boleh diterima. Hehe.

Tapi.....

Ha, yang mentah dan dicampur cili cam ni, masih tak boleh diterima oleh tekak kami. Dari dulu2 lagi. Entah! Mungkin setahun dua lagi kot.

Stok masih banyak lagi. Wife belum cuba masak buat kuah lagi. Boleh makan ke? Belum cuba belum tahu, dah cuba lagi mahu. Hehe.

So.....semoga Allah SWT mengurniakan kita keluarga yang bahagia didunia yang membawa kebahagian di akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India