DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Ogos 16, 2010

BFK 75. Jem Nenas Untuk Tat Nenas

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang jem. Jem nenas! Ada nostalgia pasal jem nenas ni. Wife sebenarnya dah 7 tahun tak buat benda tu. Kita tenguk dulu produknya.....

Ini le dia nya jem nenas yang wife buat baru2 ni. Dari 2 biji nenas "morris" yang kami beli dari pasaraya Tesco.

Sebut pasal jem nenas, biskut yang selalu di associate kan adalah semestinya, well nama commercial nya "pineapple tart" atau nama manja nya "tat nenas". Sedap!

Kami recall balik awal tahun 2000, sebulan sebelum puasa kami dah dapatkan senarai pelanggan2 untuk tat nenas. Tak le banyak yob, cuma untuk kawan2 opis je. Satu floor je. Dah dapat order baru kami budget bahan2nya.

Seminggu sebelum bulan ramadan, lepas isya kami dan wife akan ke Pasar Besar Seremban. Kenapa? Kata nak buat tat nenas, kena le beli nenas nya. Ish ish. Kami beli dalam 60 - 70 biji nenas yang sederhana masak.

Kalau ada le kawan2 yang tak pernah tenguk nenas. Ini le rupanya. Hehe.

Lepas dah dibuang kulit dan mata nya, kena pulak parut. Mula2 kami gunakan parut biasa, seperti ni.....

Parut tradisional tu! Tahun pertama memang kami gunakan parut tu. Cuba kawan2 bayangkan, 60 - 70 biji. Huhu. Bercinta jugak!

Lepas tu, kami gunakan yang ini pulak.....

Ish ish, bukan bom tangan! Cuba lihat betul2. Kan parut kat mesin parut kelapa. Dah lama tak digunakan. Sebab tu tak bersinar lagi. Bila gunakan parut tu, mudah sangat. Brrrrr..... siap! 

Lepas diasingkan air yang ada, baru le dimasak parutan nenas tu. Seperiuk besar juga! Kami berdua kacau adunan tu berdua je. Plap plup, plap plup. Bila adunan belum likat, air nenas yang dicampur gula pasir mercik hingga ke seluruh badan. Sakit juga yob. Kalau tak percaya, cuba buat sendiri. Lebih 3 jam baru dapat jem yang baik. Lupa, kami tambah sirap rose untuk nampak kemerah-merahan jem tu.   

Buat tat nenas pun ada juga nostalgia sendiri. Bila wife dah buat biskut tu, insya'allah kami ceritakan.

So.....semoga Allah SWT hindari kita daripada sikap boros dan membazir. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India