Assalamualaikum.
Kami sangat teruja dengan tulisan yang bertajuk "Jangan terlalu berani mencabar". Satu penulisan yang cukup bernas dan pada kami amat berterus terang. Cukup asam garam dan rempah ratusnya. Sedap! Kaw habis! Kami bersetuju sepenuhnya dengan kandungan nya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Cuma statement yang di buat terhadap sebuah parti politik tu pada pandangan kami sedikit "mencacatkan" rencana itu.
Pada pandangan kami kita perlu berhati-hati dengan apa saja pengakuan atau pertuduhan yang kita buat.
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
[Surah Al-Baqarah: Ayat 111]
Kita juga perlu berlaku adil jika hendak memperkatakan sesuatu yang akan menjejaskan nama baik satu kelompok walaupun kita tidak menyukai atau tidak sehaluan dengan mereka.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[Surah Al-Maaidah: Ayat 8]
Cuba kita berfikir sejenak, tahun ini masuk 53 tahun negara kita menyambut kemerdekaan. Kita membuat pengakuan kita sebuah negara Islam. Kepimpinan dari kalangan bangsa Melayu yang rata2 beragama Islam. Adakah kita telah megagungkan hukum2 Allah SWT? Cuba fikir2kan.....
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Kita telah diberikan Allah AWT dengan al-Quran. Adakah ada percubaan dari kepimpinan untuk melaksanakan hukum Islam yang sebenarnya? Hmm.....
Tak ke kita terfikir, bila kita gunapakai hukum buatan manusia adakah ianya benar2 adil? Bila kita menghukum pesalah dengan hukuman buatan manusia didunia, adakah di mahkamah Allah SWT nanti pesalah ini dapat berlepas diri atau akan tetap menerima hukuman dari Allah SWT sekali lagi. Huhu.
Tak hendak ke kita berbuat sesuatu, sebelum kita terjerumus habis. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Fikir2kan.
So.....semoga Allah SWT menghindari kita dari termasuk didalam golongan mereka2 yang rugi di dunia lagi teramat rugi di akhirat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan