Assalamualaikum.
Kawan2 mesti telah terbaca apa yang diperkatakan oleh Presiden MCA.....
Wakil Pas akan jadi PM - Soi Lek
KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.
"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini.
Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.
Kami tak pasti samada kita kena "read between the lines" apa yang dikatakan oleh Presiden MCA tu. Tak pe, kita anggap saja apa yang dikatakan oleh dia benar-benar pendapat beliau dari scenario politik sekarang dan yang mendatang.
Hakikatnya, Presiden MCA tu mengakui, ada "satu lagi puak" yang mampu dan boleh memerintah dengan baik negara ini. Kami dapati "satu lagi puak" tu yang memimpin negeri2 yang dimenangi mereka pada PRU 12 samada mereka yang didalam kategori "muda" atau "berumur" mampu mengemudi negeri dengan baik. Yang utama tidak hilang focus, bertanggungjawab, amanah dan adil.
Keduanya kami merasakan beliau cuba "physo" pengundi terutama bukan Melayu dengan mengatakan "orang tertentu tu" tidak akan menjadi PM jika "satu lagi puak" tu menang PRU 13. Yang akan menjadi PM adalah dari parti Islam. Rasanya "typical" punya statement yang datang dari pemimpin yang memandang rakyat berbilang kaum negara ni "tak pandai". Betul ke?
Ketiganya, statement beliau boleh mencetus pergeseran sesama sendiri dalam "satu lagi puak" tu. Takkan "satu lagi puak" ni boleh tersinggung dengan kata2 Presiden MCA tu! Belum menang dah berbalah? Macam budak pra sekolah jadinya.
Yang akhirnya, kena lihat juga puak mana yang memerintah . Dan kena perhatikan cara kehidupan pemimpin utama dan keluarga mereka. Adakah "sederhana" atau "mewah"? Baru kita boleh fikir2kan tentang rakyatnya!
So.....semoga Allah SWT menjadikan kita insan2 yang mampu berfikir dan mampu membuat pilihan yang seiring dengan kehendak Nya. Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan