DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Ogos 22, 2010

BFK 78. Shopping Atau Pusing2

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam anak2 keluar shopping. Jam 2.00pm mereka berempat keluar. Dah besar2 semua. Tak payah le ibu dan ayah temankan.

Kami berdua pulak nak mula sediakan juadah untuk berbuka. Wife nak masak juadah roti2an. Nak buat 2 jenis roti. Satu roti burger dan satu lagi roti sausage. Well, esok je kami ceritakan pasal roti2an tu. Ni nak ceritakan pasal budak2 besor berempat tu.

Keluar jam 2.00pm, jam 4.00pm pun belum balik. Tak kan sampai 1 Seremban mereka pusing. Jam 5.00pm pun belum balik. Sah memang round 1 Seremban ni! Jam 6.00pm pun belum balik. Dah di talipon, tak siapa menjawap. Bertuah punya anak2! Ish ish.

Jam 6.15pm baru le sampai. Mak oi! Lama bonar shopping nya. Ingat kan banyak le bungkusan dibawa balik. Tak de pulak nampak nya. Ish ish.

Rupa2nya mereka belikan hadiah raya untuk ibu dan ayah mereka! Patut le sampai 1 Seremban. Ish ish. Terima kasih! 

Bila nak shopping, anak2 kami sebenarnya lebih selesa jika ibu mereka pergi bersama. Lebih senang mereka nak buat pilihan. Mereka nak pendapat ibu mereka. Tak kisah le, baju ke, kasut ke, apa2 je. Anak ibu katakan. Kalau pendapat ayah, hancur rasanya. Hehe.

So.....semoga Allah SWT menganugerahi kita dengan kebahagian, kebahagian didunia dan terlebih utama kebahagian diakhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India