DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Ogos 28, 2010

BFK 84. Berbuka Puasa Bersama Ibu Mertua

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam lepas Asar kami balik ke kampung isteri kat Tanjung Sepat, Selangor. Pertamanya nak berbuka kat sana dan keduanya nak lihat orang baru keluarga kat sana. Katakan nak berbuka puasa dengan ibu mertua takkan tangan kosong je. Jadi isteri sediakan 2 jenis lauk dan nasi tomato. Anak2 sediakan satu jenis pencuci mulut. Ikut aje.....

Kuah dalca. Pada kami boleh dimakan dengan segala jenis nasi. Dengan segala jenis roti juga. Nampak sedap kan? 

Ayam masak merah. Well, pada kami boleh dimakan dengan segala jenis nasi juga. Tapi not sure jika boleh dengan segala jenis roti. Bila kami kata segala jenis roti maksud kami roti kosong. Tapi kalau nak cuba2 makan dengan bun kaya atau bun kacang merah, silakan.


Ni plak pencuci mulut yang dibuat oleh anak2. Puding roti pelangi. OK pe! Nampak sedap tu!

Nasi tomato tak sempat nak di gambar kan. Minta maaf le.

Singgah kat rumah sepupu isteri dulu kerana nak ambil baju raya isteri dan anak2 perempuan. Kami sampai kat rumah ibu mertua lebih kurang jam 6.45 petang. Meriah juga berbuka beramai-ramai ni. Kami bermalam kat sana.

Kami sampai kat rumah tengahari tadi. Esok je kami tunjukkan orang baru kat sana.

So.....semoga Allah SWT menganugerahi kita dengan keluarga yang bahagia dan dengan sifat berkasih sayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India