Bismillah.
Assalamualaikum.
Minta maaf Ben, bukan nak membanggakan diri atau riak tapi hari Rabu lepas kami dah selesai menyempurnakan puasa sunat bulan Syawal kami. Wife dan anak2 pun dapat kurangkan puasa ganti mereka. Alhamdulillah.
Jadi petang tu kami berbuka dengan mi kuey teow kari! Well, selalunya kari wife buat macam biasa je. Tapi petang tu wife nak cuba style lain, resepi dihujung jari katakan. Selain bahan yang biasa, ditambah serai dan lengkuas. Di brrr semua. Rasanya, well.....
Sedap! Kami suka bau lengkuas semasa bahan2 tu ditumis. Selain dari mi dan kuey teow, ada udang, hirisan ayam, bebola ikan, sawi, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Ada sambal tumis lagi. Sedap beb! Cuba2 le kawan2 masak. Banyak resepi kat dalam internet tu. Pilih je yang mana suka.
So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan kesihatan yang baik dan kita dapat merasai dan menikmati rezeki anugerah dari Nya. Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan