Bismillah.
Assalamualaikum.
Malam semalam kat surau taman kami diadakan majlis untuk meraikan mereka2 yang istimewa. Mereka2 yang cukup bertuah. Bakal tetamu2 Allah SWT! Bukan senang nak mendapat title tu. Kami pun memang tak nak miss function ni. Nak dapat berkat, bersalam dengan tetamu2 ni.
Well, oleh kerana masih didalam bulan Syawal, diadakan sekali dengan majlis hari raya. Ok le tu. Lebih meriah.
Memang tiap2 tahun diadakan majlis keraian ni. Lepas solat maghrib diadakan majlis bacaan yasin, tahlil dan bacaan doa. Mohon diberikan segala kemudahan kepada bakal2 tetamu dan dikurniakan haji yang mabrur oleh Allah SWT. Diberikan peluang kepada empunya diri untuk memberi sepatah dua kata. Ada juga diberikan cenderahati yang boleh digunakan oleh bakal2 tetamu Allah SWT ni. Alhamdulillah. Tahun ni cuma sepasang suami isteri je yang terpilih untuk menunai haji kat taman kami ni.
Flight pertama dijadualkan pada 09/10/10 ni. Bakal tetamu ni pula, flight mereka pada 13/10/10. Dah dekat tu. Since penerbangan awal, mereka akan menjadi tetamu Rasulullah SAW dulu. Penerbangan terus ke Madinah. Dapat kami bersalam dan berbual-bual dengan tetamu ni sebentar semalam.
Lepas solat isya kami ramai2 menjamu selera. Jamuan kecil2lan je.
So..... semoga kita semua dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu2 Nya dan diberi ganjaran haji yang mabrur dan berpeluang juga untuk menjadi tetamu2 Rasul Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan