DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Oktober 19, 2010

BSK 109. Palestin Sampai Bila Perundingan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah wajar pendirian Presiden Mahmoud Abbas berhubung dengan isu Palestin. Jom kita sama2 baca…..

Abbas: Palestin sedia gugur tuntutan

RAMALLAH 18 Okt. - Pihak Palestin bersedia menggugurkan semua tuntutan ke atas Israel apabila mereka menubuhkan negara Palestin di wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis itu semasa Perang Asia Barat 1967.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata demikian semalam sebagai mengulas satu tuntutan yang telah lama dibangkitkan oleh Israel.

Beliau tidak menyebut secara khusus tuntutan-tuntutan yang hendak digugurkan tetapi salah satu tuntutan utama pihak Palestin ialah hak pelarian Palestin untuk pulang ke kampung halaman mereka di wilayah Israel, selepas mereka diusir oleh Israel semasa perang tersebut.

Abbas dalam wawancara dengan televisyen Israel juga berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih menjadi keutamaannya tetapi beliau akan menimbangkan pilihan lain jika rundingan gagal kerana Israel terus meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Rundingan langsung dilancarkan semula oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bulan lepas, tetapi terhenti tidak lama kemudian disebabkan keengganan Israel untuk melanjutkan tempoh pembekuan kegiatan pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Abbas berkata, tidak ada gunanya berunding selagi pendatang haram Yahudi terus merampas semakin banyak tanah Palestin.

Penduduk Palestin mahu menubuhkan sebuah negara di Tebing Barat, Genting Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang ditawan oleh Israel pada perang 1967.

Israel sudah berundur dari Genting Gaza tetapi kira-kira setengah juta rakyat Israel mendirikan penempatan haram di kawasan lain yang ditawan daripada Palestin semasa perang.

Netanyahu mahu Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan awal minggu ini berkata, beliau mungkin melanjutkan tempoh pembekuan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi jika Israel mendapat pengiktirafan tersebut.

Kata Abbas, Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengiktiraf satu sama lain pada 1993 dan pengiktirafan sedemikian sudah memadai. – AP

[Utusan Malaysia Online]

Sudah banyak rundingan diantara pihak Palestin dan rejim Yahudi laknatullah tu, semua tidak boleh digunapakai. Sampai bila kah lagi pemimpin Palestin mahu mengadakan perundingan? Presiden Mahmoud Abbas  semestinya biasa mendengar atau membaca ayat2 al-Quran berhubung dengan sifat Yahudi laknatullah? Adakah beliau tidak peka atau prihatin?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (Muhammad) hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. [Surah Al-Baqarah: Ayat 120]

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Surah Al-Maa’idah: Ayat 51]

Presiden Palestin itu mendapat pendidikan di Syria dan juga Mesir. Mendapat pencapaian setaraf PhD di Moscow. Berpendidikan tinggi tak semestinya kita boleh membelakangkan ayat2 Allah SWT. Kita tidak memperdulikan lagi amaran2 Allah SWT. Allahuakbar!

Perundingan dengan kelompok2 Islam dan bergabung dengan mereka untuk menghadapi Yahudi laknatullah adalah 1 permulaan. Tapi puak2 ni tidak mahu duduk semeja. Ada kepentingan tersendiri.

Adakah kita sedar bahawa kita qkan ditanya oleh Allah SWT tentang segala tindak tanduk kita didunia ini. Pemimpin2 dunia Islam akan disoal berkaitan dengan ikhtiar mereka untuk membantu Islam, Palestin dan Al-Aqsa. Apa agaknya jawapan2 dari mereka2 ini. Kita orang awam pun akan ditanya tentang kepimpinan yang kita pilih. Apa agaknya jawapan yang akan kita berikan pulak. Allahuakbar!

No0805

Marilah kita sama2 fikirkan

So….. semoga kita semua dikurniakan Allah SWT kekuatan dan keikhlasan untuk membantu Islam dan membantu kepimpinan yang mencintai Islam. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India