Bismillah.
Assalamualaikum.
Semalam kami berkesempatan untuk bersolat jumaat di Masjid Negeri, Negeri Sembilan. Kami pergi dengan anak pertama. Jika seorang kami akan pergi ke Bukit Chedang.
Kami akan cuba dapatkan saf depan jika boleh. Seronok rasanya bila dapat solat di saf depan tu. Tapi kami pastikan kami tidak melangkah bahu jemaah lain.
OK, tajuk khutbah semalam “Rakyat didahulukan”. Berkitar tentang pengagihan sumber kekayaan negara, harta dan sebagainya. Panjang lebar dan berpusing-pusing khutbah yang diberikan. Rupa-rupanya jemaah ingin diberi penerangan secara percuma budget 2011 PM. Sepanjang yang kami ingat, tak pernah kami dengar belanjawan negara disogokkan kepada rakyat melalui khutbah jumaat. Allahuakbar.
Adakah akbar2 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pemberi maklumat kepada rakyat? Sampai terpaksa gembar-gemburkan di masjid. Bukankah ini berpolitik di masjid? Sesuatu yang tidak disukai oleh pemerintah.
Heran juga, adakah rakyat tidak dapat menerima budget 2011 tu? Adakah orang Melayu tidak menerimanya? Itu persoalan sebenarnya!
Kami tahu Permata dapat RM111 juta dan SAR RM95 juta. Tapi yang pasti, bila membaca berita2 di internet, banyak komen yang kurang memberansangkan diberikan. Wallahualam.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia, kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan (kenderaan berjenama), binatang-binatang ternak, dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia; di sisi Allah tempat kembali yang baik.” [Surah Ali Imran: Ayat 14]
Lepas solat jumaat ada penerangan mengenai “festival busana muslim” di perkarangan masjid. Esok sahaja kami ceritakan. Tunggu…..
So….. semoga Allah SWT memudahkan urusan kita dan menjadikan kesukaran kita mudah dengan kehendak-Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan