DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Oktober 31, 2010

BSK 122. Malaysia Perlu Angkasawan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Cuba kita teliti dan renungkan cadangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dibawah ini:

Negara perlu ada angkasawan wanita

30/10/2010 4:42pm

KOTA BHARU 30 Okt. - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mencadangkan wanita dipilih sebagai angkasawan berikutnya bagi membuktikan bahawa semua pihak berpeluang ke angkasa lepas tanpa mengira jantina.

Beliau berkata, apa yang penting, misi angkasawan negara berikutnya perlu berbeza dengan misi yang dilakukannya sebelum ini, terutama kajian dalam bidang sains, teknologi dan pendidikan.

"Kita mesti hantar wanita negara kita ke angkasa lepas, tetapi hendaklah dalam bentuk objektif yang berbeza sekali daripada angkasawan pertama.

"Kita mesti menumpukan kepada bidang sains, teknologi dan pendidikan yang perlu kita kaji bila berada di sana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pelajar dan Kerjaya Bersama Angkasawan Negara di sini hari ini, yang dihadiri lebih 1,000 pelajar.

Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk menyertai misi ke angkasa lepas pada 2007.

Pakar ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan telah menyempurnakan dua ujian berkaitan penghabluran protein yang membawa kepada aplikasi paten serta cap dagang. – Bernama [Utusan Online]

1 perangsang yang sememangnya cukup baik untuk anak-anak dan pelajar-pelajar negara kita. Dorongan yang akan memberi semangat kepada anak-anak kita dan pelajar-pelajar kita untuk mencari kecemerlangan didalam pelajaran terutama matapelajaran sains.

Semestinya kita ingat, keseimbangan kecemerlangan jasmani dan rohani. Baru kena dengan kata-kata “cemerlang, gemilang dan terbilang”.

IMG_0179

Manusia digalakkan untuk memerhatikan apa yang ada dilangit seperti bulan, matahari dan juga bintang-bintang. Kita diminta untuk memerhati,  merenung dan memikirkan untuk kita sedar hakikatnya bahawa semua itu adalah ciptaan Allah SWT yang Mahakuasa. Supaya kita menjadi insan yang sedar diri, yang kita ini tidak ada apa-apa kecuali dengan pertolongan Allah Taala. Allahuakbar.

“Katakanlah: Perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi. Tetapi tidak bermenafaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman.” [Surah Yunus: ayat 101].

Tetapi, pada kami, negara kita ini belum lagi mampu untuk mengadakan program angkasawan sendiri. Program yang memerlukan banyak peruntukkan kewangan.

Dengan keadaan ekonomi rakyat yang tidak stabil, yang memerlukan sebanyak mana bantuan yang boleh. Keutamaan adalah untuk memperkukuh dan memakmurkan rakyat dahulu.

Tidak perlu kita membazirkan sumber-sumber yang ada hanya untuk membuktikan kepada jiran-jiran kita bahawa kita mempunyai angkasawan pertama di rantau ini.  Kita mempunyai angkasawan wanita pertama di rantau ini. Hanya kerana nak yang pertama, kemakmuran rakyat tergadai. Hanya kerana mengejar  ’angka’ pertama, kita ‘sawan’ dibuatnya.  Semestinya “rakyat didahulukan”. 

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama (peraturan hidup) bagimu.” [Surah al-Maidah: ayat 3]

Dengan nikmat Islam, kehidupan kita lebih teratur dan dengan nikmat itu juga kita mendapat kebahagian di dunia dan terutamanya kebahagian di akhirat. Cuba kita fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT tambahi ilmu kita dan luaskan kefahaman kita, dilapangkan dada kita dan memudahkan urusan kita. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India