Bismillah.
Assalamualaikum.Salah 1 aktiviti yang ada kat Malaysia, popular, diketahui oleh orang ramai, tukar menukar duit atau wang sesama sendiri. Well nama umumnya "rasuah". Lebih enak didengar "politik wang". Ada juga yang dinamakan "duit under counter". Ada juga menamakan "suapan". Yang orang umum faham "duit kopi". Duit teh tak ada? Haha.
Berita pertama:
Klik 1 sini!
Berita kedua:
Klik 2 sini!
Berita ketiga:
Klik 3 sini!
Kat Malaysia segala sesuatu boleh mendatangkan duit. Berusaha sahaja, semua menjadi duit. Seperti kami katakan dulu, yang halal, yang haram dan yang halam, semua disapu.
Tetapi yang paling mendukacitakan apabila mereka2 yang memegang amanah sebagai pengamal undang2 dan penguatkuasa melakukan perkara sedemikian. Hidup untuk duit?
Amalan di arus perdana. Dikalangan parti politik, "politik wang" seperti dibolehkan. Sesiapa yang melakukan amalan tu cuma bersalah didalam parti tu sahaja. Parti yang menentukan hukuman. Tak dikenakan tindakan undang2 Malaysia. Hebat gitu. No one is above the law? Hmm.....
Kami pilih parti tupperware je! Banyak kegunaan. Jadikan bekas tepung, bekas air, bekas biskut dll.
Persoalan yang selalu kami utarakan, kenapa ianya menjadi amalan masyarakat Malaysia? Macam dah jadi budaya masyarakat kat sini. Why?
Adakah kerana kesempitan hidup? Ramai anak? Anak2 kat U? Harga barang2 meningkat? Semua kos meningkat? Atau nak hidup mewah? Atau nak memimpin?
Tepuk dada, tanya iman, tanya selera, tanya dosa, tanya neraka, tanya bermacam-macam tanya dan akhir sekali tanya Allah SWT. Kerana, berani buat berani tanggung! Ampun!
So..... semoga kita semua Allah SWT kurniakan rezeki yang halal lagi diberkati dan dihindari musibah2 yang menjerumus kita dalam maksiat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan