Assalamualaikum.
Kami terbaca berita kat internet berkenaan dengan bekas2 PM Malaysia dan Singapura. Sakit kedua-dua mereka. Umur mereka berdua dah melewati 80 tahun. Dah panjang hidup dalam usia subsidi. Kami terbaca juga berita mengenai kematian isteri mantan PM Singapura tu petang semalam.
Berita mengenai Tun Mahathir:
Tun Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne hari ini bagi rawatan jangkitan kuman di dada.
Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, Dr. Mahathir yang dimasukkan ke hospital tersebut sejak pukul 9 pagi hari ini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan mendapatkan rehat yang secukupnya.
"Tun Mahathir juga berada di wad biasa dan beliau diberikan antibiotik di samping menjalani fisioterapi.
"Beliau dijangka berada di hospital beberapa hari lagi untuk pemantauan,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sufi memberitahu, Dr. Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berada di Melbourne sejak Khamis lalu untuk berucap pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.
[Berita di Utusan Malaysia Online]
Sudah tua, penyakit yang datang pun dah tak boleh diubati. Ya kawan2, penyakit yang tak ada ubatnya, yang semua manusia tidak dapat berbuat apa2, terpaksa terima sahaja, penyakit tua.
Manusia ni pun seperti bunga, bila mekar dan harum, semua mahu mendekati. Bila dah nak layu, ada juga yang mahu dekati, tapi mungkin ada niat tertentu. Fikir2kan.
Kami nak ambil sikit tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan dalam buku beliau "Insan, Ingatlah!".
Kami ke bab 12 yang membincangkan tajuk "Beberapa perutusan dari malaikat maut". Tulis beliau "Demikian juga halnya dengan kematian itu, malaikat maut sudah menghantar beberapa perutusannya. Ia terdiri dari beberapa perubahan fizikal, misalnya tumbuh uban, pandangan mulai kabur kerana rabun, kulit yang mulai beransur lisut, sengal-sengal pada sendi dan sebagainya. Kemunculan segala tanda-tanda itu seolah-olah ia telah membisikkan bahawa malaikat maut berkirim salam bahawa dia akan berkunjung tidak lama lagi."
Ya kawan2, dah lewat 80 tahun, jika fikiran masih berupaya berfikir, pada kami dah tak payah nak habiskan masa untuk urusan dunia lagi. Tumpukan untuk mendapatkan kebaikan alam abadi kat sana..... Fikir2kan.
So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan kekuatan untuk berbuat ibadat dan kebajikan dan mendapat jaminan dari Nya kebahagian disana. Amin.
Wassalam.

0 comments:
Catat Ulasan