Bismillah
Assalamualaikum.
Teruja kami bila membaca artikel bertajuk “Pertahan al-Quran satu kewajipan” yang ditulis oleh Siti Ainiza Kamsari di Utusan Malaysia. Jom2 baca….. Klik sini!
Kami amat bersetuju dengan ulasan2 yang ditampilkan. Bernas semuanya. Perlu kita memberi sokongan kepada saranan yang diberikan.
Tapi adakah memadai kita mempertahankan naskah al-Quran itu sahaja? Atau ada lagi mempertahankan yang perlu kita lakukan?
Pada kami ada lagi yang lebih besar dari itu. Dilaksanakan di negara yang di kuasai oleh umat Islam. Tak kisah samada mereka2 yang berkuasa ni berbangsa arab ke, melayu ke, india ke, cina ke, atau lain2 bangsa, tapi yang penting beragama Islam. Apa yang penting sangat tu?
Melaksanakan segala apa yang Allah SWT perintahkan dalam al-Quran itu sendiri. Menuruti segala hukum2 yang telah ditetapkan. Apakah boleh kita lakukan itu?
Kita akan dapati kat dunia ini tidak ada 1 negara pun yang pemimpin2nya beragama Islam mahu melaksanakan secara menyeluruh hukum2 dalam al-Quran itu. Yang ada melaksanakannya, cuma mengikut selera sendiri. Yang hendak digunapakai cuma yang ada keuntungan. Ada yang diubahsuai dan dikatakan hukum Islam. Ada yang mengatakan undang2 Islam tak dapat dilaksanakan pada zaman moden ini, atau dalam masyarakat majmuk.
Kita sendiri telah menjatuhkan hukum sedemikian kepada hukum2 Allah SWT. Dan kita masih tergamak berkata “kami beragama Islam”, “kami cintakan Allah SWT” dan “kami sayangkan Rasulullah SAW”. Tidak ada ketakutan sikit pun dihati kita. Allahuakbar.
Kami nak petik sedikit tulisan dari buku “Insan, Ingatlah!” hasil nukilan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai manusia. Tulisan beliau:
“Manusia adalah tergolong jenis haiwan, ia disebut sebagai haiwan yang bertutur, manusia makhluk istimewa yang dianugerahi akal, itulah yang membezakannya dengan jenis haiwan yang lain. Walau bagaimanapun kedua jenis makhluk itu mempunyai keperluan yang sama dari segi jasmaninya, mereka saling memerlukan makan minum, tidur dan berkelamin. Tetapi hanya manusia yang tahu memilih makanan dan minuman yang lazat-lazat, membina tempat tinggal yang selesa dan indah disebabkan akalnya, tetapi haiwan biasa sekadar memenuhi naluri semulajadinya semata-mata.”
Well, kita dianugerahi akal oleh Allah SWT, adakah kita tidak mahu bersyukur dengan anugerah itu? Adakah kita mahu disama tarafkan dengan haiwan biasa?
Pertahan al-Quran 1 kewajipan. Pertahankan perlaksanaan hukum2 Allah SWT dalam al-Quran? Cuba fikir2kan.
So….. semoga kita dan keluarga kita semua Allah SWT tetapkan termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang berakal. Akal yang berfungsi berpandukan taufiq dan hidayah Allah SWT. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan