DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Oktober 12, 2010

BSK 103. Keseragaman Kesepakatan Keutamaan

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kat bawah tu komen Menteri Belia dan Sukan berhubung dengan pemakaian jersi negeri dan bukan negara oleh atlet angkat berat Malaysia di Sukan Komanwel New Delhi.

“Maybe what he was wearing was the most comfortable attire for Arrico during the competition and he proved it right by winning the gold medal. What is the point of wearing the ‘right’ attire and losing compared with winning with an alternative attire,” he told reporters here today.

Jom2 baca 2 berita dibawah:

Klik sini untuk berita 1

Klik sini untuk berita 2

Atlet2 yang ke New Delhi tu sedang berjuang untuk mengharumkan nama negara kita, Malaysia! Sebagai 1 pasukan dari Malaysia. 1Malaysia! Bukan mewakili mana2 negeri kat Malaysia ni. Atlet2 sepatutnya berbangga dapat menyarung jersi atau baju  negara. Kenapa? Tak suka?

Takkan atlet yang kita pilih ada yang bersemangat kampung je. Selesa memakai baju dari kampung tu je. Bila diberi peluang mewakili daerah, tak selesa pakai baju untuk daerah. Pelik jugak kami!  Menggigit kot baju tu!

Atau kurang semangat kenegaraan, atau kurang berdisiplin atau kurang peka dengan kewajipan atau kurang bertanggungjawap atau kurang semangat berpasukan atau kurang diberi penerangan?

!No0801

Tak pe. Kami pilih logo Perodua kerana kami memandu kereta Kancil. Orait!

Perkara nampak kecik, tapi ada impak besar. Penonton2 akan tertanya-tanya, kenapa pulak pegawai2 dari Malaysia bertepuk sorak gembira bila mamat tu menang. Peluk2 lagi. Yang menang tak pakai baju kontingen Malaysia pun. Why? Wakil “bebas” kot!

Berbalik kat komen dari menteri berkenaan. Jika ditakdirkan atlet angkat berat tu tidak memenangi apa2 pingat. Apa agaknya komen yang akan diberikan oleh menteri tu? Kawan2 cuba2lah buat ayat sendiri. Fikir2kan.

So….. semoga kita semua dimasukkan Allah SWT didalam golongan jemaah yang sedia menurut perintah Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India