DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Oktober 08, 2010

BSK 96. Galas Apa Yang Abang Beca Terbang Akan Lambakkan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Raya datang lagi! Pihak berwajib telah mengintai anak bulan raya dan SPR telah menetapkan persiapan raya Galas pada 26/10/10 dan hari raya jatuh pada 4/11/10. Kerajaan Kelantan pun berkemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari tu. Meriah!

Siapa lawan siapa belum kita ketahui, ura2 orang ni dicalonkan, orang tu akan bertanding banyak kedengaran. Kita tunggu je pengisytiharan nya.

Terpegun bila lihat bulan mengambang penuh dilangit. Cantik permandangan yang Allah Taala pamirkan kepada kita. Subhanallah.

Biasa le bila raya datang secara tiba2, banyak cerita2 sensasi boleh kita baca. Ada yang menarik balik akaun bersumpah atau "SDs" kerana dikatakan di paksa. Dah dekat 3 tahun baru nak tarik balik. Kebetulan pulak dekat raya! Tapi katanya tak ada kena mengena dengan raya di Galas. Dah bersumpah keramat ke?

Kami bukan penganalisa politik, tapi kami boleh menjangkakan perkara2 yang sewaktu dengannya akan berlaku. Dah banyak kali dah pilihanraya kecil diadakan kat Malaysia ni. Dah selalu sangat tenguk ulang tayang dan lakon semula. Nak jadi pelakon terbaik le tu. 


Sekarang ni pun pemimpin tertinggi parti dah mula mengutuk parti lawan. Ish ish. Celupar namanya tu!

Bila musim raya sebegini kami nak tunggu kemunculan sorang tu, hulubalang raya! Kawan2 pun rasanya tahu siapa! Timbul atau tak timbul? Kita tunggu.....

Kami pun tak sabar nak tahu, apa hadiah raya yang akan dilambakkan oleh "abang beca dan beca terbangnya" kepada warga Galas? Semestinya jutaan RM juga rasanya. Petik jari tangan kanan, zass..... bangunan berharga RM juta terbina. Petik jari tangan kiri, taraa..... peruntukan projek berharga RM juta akan diterberikan. Contoh je tu!

Itu le raya kat negara kita ni. Demi menggapai kemenangan, janji itu janji ini. Semua boleh, semua siap! Untung Galas! 

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Allah SWT yang terang hati yang mampu membuat pilihan terbaik dunia dan akhirat. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India