DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Oktober 06, 2010

BSK 94. Tiada Tempat Untuk Anwar

Bismillah.
Assalamualaikum. 

Kami tak pasti apa sebenarnya reaksi kami apabila membaca lapuran berita dibawah ni.
Penghargaan bekas ketua: Tiada tempat untuk Anwar
Okt 5, 10 2:49pm  

Pemuda Umno tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas ketua pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap Umno itu di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata Pemuda Umno beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar (kiri) yang telah menyertai pembangkang.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Penolong Setiausaha Wanita Rosni Sohar dan Penolong Setiausaha Puteri Umno Nor Azita Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata antara yang akan diberi penghargaan itu adalah Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Sardon Jubir selain Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku bekas pembangku Ketua Pemuda Umno.

"Penghargaan itu akan disampaikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada bekas Ketua Pemuda sendiri atau waris mereka," kata Megat Firdouz.

Pada majlis yang sama Wanita Umno dan Puteri Umno juga akan memberi penghargaan kepada bekas ketua masing-masing.

Rosni pula berkata, majlis rumah terbuka itu yang pertama kali diadakan secara bersama oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, adalah dari 11 pagi hingga 5 petang dan akan diadakan di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebanyak 14 gerai akan dibuka pada majlis itu mewakili setiap negeri yang menyediakan menu dari negeri masing-masing. Seramai 10,000 orang dijangka hadir.

- Bernama
 [Berita kami ambil dari Malaysiakini]

Samada suka atau tidak sejarah Pemuda Umno memang ada orang yang bernama Anwar Ibrahim. Memang dia pernah mengetuai pergerakan itu. Tak boleh lah kita menukar sejarah.

Pada kami tidak ada salah jika Pemuda Umno mahu memberi perhargaan kepada Anwar Ibrahim. Sebagai salah seorang bekas ketua beliau berkelayakan. Jangan lah kerana beliau sekarang dipihak pembangkang jasa2 beliau tidak dihargai. 

Jika Pemuda memberikan penghargaan kepada Anwar, ianya akan menampakkan kematangan pemikiran pergerakan itu sendiri. Boleh membuat keputusan sendiri. Menghargai orang2 yang pernah berjasa kepada mereka. Seperti kita menghargai guru2 kita. Mana kita tahu guru2 kita tu sokong parti kita? Entah2 semua nya sokong pembangkang!


Baru lah pemikiran macam Pemuda, tidak le terasa macam kita memerhati pergerakan Budak2. Baru le jadi seperti dahulu, matang dah berwibawa. Tak le asyik berputik aje, tak pernah berbunga. Cuba fikir2kan.

Pada kami mereka2 yang nak masuk politik ini semestinya berpandangan jauh, melangkau pandangan orang2 biasa ni. Berpendidikan, berhemah dan berbudi pekerti mulia. Baru sedap bila digelar "yang berhormat". Di hormati kerana perlakuan baik. Baru bila berhujah kat parlimen atau DUN boleh berhujah dengan sopan dan baik. Gentleman gitu. 

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat malu, yang memagari kita dari sifat riak, takbur dan bongkak. Amin.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India