DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Oktober 10, 2010

BSK 99. Madinah Menyambut Jemaah Malaysia

Bismillah.
Assalamualaikum.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia 1431H telah selamat sampai di Madinah. Dah jadi tetamu Rasulullah SAW mereka2 tu. Cemburu kami dibuatnya. Allahuakbar.
IMG_0054
Semoga semua jemaah2 Malaysia di mudahkan Allah SWT  dapat bersolat sunat di dalam kawasan raudah. Tapi jangan pula tamak jikalau diberi kesempatan oleh Allah SWT. Solat 2 rokaat, berdoa dan terus keluar. Hamba2 Nya yang lain pun ingin berbuat demikian juga.
Ziarah Nabi SAW. Beri salam dengan penuh kasih sayang kepada beliau dan sahabat2 baginda. Islam kita kerana kesungguhan Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda. Alhamdulillah!
Jika diberi kesempatan perbanyakkan buat lawatan ke Masjid Quba, solat 2 rokaat didalam masjid tu umpama kita membuat umrah. Hebat ganjaran Allah Taala kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Perbanyakkan berbuat ibadat di Masjid Nabi. 1,000 ganjaran diberikan Allah SWT. Iktikaf, solat sunat, zikir, membaca Quran selain dari solat 5 waktu. Allahuakbar!
Seronok bila menggambarkan jemaah2 ni berjalan beramai-ramai menuju Masjid Nabi. Berpasangan lagi seronok gitu.
So….. semoga mereka2 dan kita semua diberikan kelapangan dan kesempatan untuk dapat selalu menziarahi Rasulullah SAW. Amin.
Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India