DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Oktober 02, 2010

BSK 90. Ku Li Dalam Dilema

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sekarang ni banyak cerita mengenai raya yang akan diumumkan untuk DUN Galas, Kelantan. Sambung raya syawal ke?

Diandaikan Ku Li tersepit antara isu royalti minyak dan kesetiaan kepada parti. Adakah benar begitu? Pada kami Ku Li adalah 1 "figure" yang dah lama dalam politik. Dah pegang banyak portfolio dalam kerajaan. Dah boleh jadi "senior consultant" jika Umno tu sebuah syarikat. Jika diberi peluang mampu menerajui negara kita ni!


Nak baca berita penuh?
Klik sini!

Kami umpamakan Ku Li ni sebagai orang yang menerajui sebuah pasukan bolasepak. Peneraju yang bijak membentuk strategi dan tahu halatuju pasukan dan kepentingan sesuatu pertandingan atau situasi.


Bila menerajui pasukan ke Piala Dunia. Mesti tahu kepentingan adalah untuk negara. Strategi adalah melumpuhkan penyerang berbisa. Seperti bila melawan England, perlu melumpuhkan Wayne Rooney. Bila berjumpa Portugal kena melumpuhkan Christiano Ronaldo dan sebagainya. Yang penting pasukan negara yang diterajui mesti memenangi Piala Dunia. Kami pasti sebagai ahli Umno beliau akan memberi kesetiaan penuh kepada parti dan mempunyai dan membuat strategi untuk melumpuhkan lawan.

Bila menerajui pasukan kat liga. Tak kisah liga Englang, liga Perancis atau apa2 liga bolasepak. Mesti tahu kepentingan liga itu sendiri. Tak boleh melumpuhkan striker lawan secara total. Perlawanan hambar. Penonton boikot pertandingan. Liga jadi tak meriah. Duit tak masuk! Sebagai rakyat negeri, kepentingan mesti kepada negeri dan rakyat yang beliau wakilkan. Seperti isu royalti minyak, memang negeri tu berhak. Beliau perlu membantu rakyat negeri tu mendapatkan hak mereka.

Pada kami clear cut, tak ada isu beliau tersepit antara 2 parti politik yang berbeza. Rasanya tak pandai mereka2 yang menimbulkan isu tersebut. Atau mereka2 ni masih terikat sangat dengan masalah kepartian. Pada kami, jika isu itu betul, telus dan untuk kebaikan semua, setiap parti kena sokong. Tak kira dari parti mana yang mengusulkan. Ahli2 tak perlu dikongkong atau diambil tindakan jika menerima usul parti lawan. Rasanya masih macam zaman penjajah pulak. Manusia tak diberikan peluang berfikir dengan siuman.

Adakah belum tiba masa atau waktunya kita memberi peluang kepada ahli2 Parlimen atau ahli2 DUN kita berfikir, menilai dan menyokong sendiri mana yang baik untuk rakyat tanpa rasa takut dan terikat? Takut dan terikat dengan polisi parti masing2. Tanpa prejudis! 1Malaysia! Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan! Fikir2kan.

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan kekuatan minda yang mampu berfikir untuk kebaikan masyarakat dan negara. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India