Bismillah.
Assalamualaikum.
Well, kami masak sambal tumis lagi. Sambal tumis ikan sardin dan kembong. Kami menyiang dulu ikan2 tu. Kenapa? Tak percaya? Perkara enteng saja tu!
OK, kami nak berikan resepi sambal tumis tu.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan sardin | >> Dibersihkan, digaramkan dan diletak |
1 ekor ikan kembung | >> kunyit serbuk dan di goreng garing |
5 ekor ikan bilis | }}} |
2 tangkai cili merah | }}}} |
2 tangkai cili hijau | }}}}} |
3 tangkai cili padi | }}}}}}} semua bahan-bahan ini di blender |
1/2 biji tomato | }}}}} |
1 biji bawang besar | }}}} |
2 ulas bawang putih | }}} |
Sedikit minyak masak | |
1 sudu kecil sos tiram | |
Garam dan gula | |
1 cawan air |
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 yang diblender. |
2. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 2 sudu kecil gula (sudu plastik KFC) |
3. Masukkan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak. |
4. Masukkan air dan kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. |
5. Masukkan ikan dan balik-balikan ikan hingga kuah kering. |
6. Semasa proses 5, adjust rasa ikut selera (nak tawar, masin atau manis) |
Simple je prosesnya. Kawan2 pun boleh lakukan. Kawan boleh! Tak le bergantung kat kedai mamak Deen ke, warung mak cik Peah ke, kedai kak Mah ke, warung ikan bakar abang Jem ke. Masak sendiri! Air tangan sendiri, air tangan isteri sendiri. Semua sendiri bukan orang punya. Hmm…..
Kawan2 boleh juga letakkan sos tiram atau serbuk perasa jika mahu. Ikut selera sendiri.
Kat nampak sedap sambal tumis tu! Sedap lagi menggiurkan!
Ada pertanyaan? Kenapa ada sekor ikan kembung? Well, kat dalam plastik tu wife dah letakkan sekor ikan tu, jadi kami masak aje le.
Lagi pun anak2 sekarang ni memilih sikit. Ada yang tak berminat dengan ikan sardin, ada yang tak suka ikan cencaru, ada yang tak makan ikan tongkol, ada2 je le. Naik lemak le tu!
So….. semoga kita semua menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur dengan segala pemberian-Nya dan terpelihara dari sumber2 haram dan syubhat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan