DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Julai 02, 2010

BBK 17. Lupa Mimpi - Sambung Sikit

Bismillah.
Assalamualaikum.

Malam Khamis lepas sebelum memulakan kelas tafsir ustaz sambung sedikit lagi pasal mimpi. Berkaitan dengan ayat 42 Surah Yusuf juga.

Kitab tafsir berkenaan.



Ustaz berkata jika kita terjaga dari mimpi yang membawa kesan kepada kita ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan.
  • menyebut "a'udzu billahi minasy-syaithanir-rajim" dan memaling kepala ke sebelah kiri dan meludah. Buat 3 kali. Bukan meludah sampai keluar air ludah cuma seperti meludah je.
  • menyebut "a'udzu billahi minasy-syaithanir-rajim" dan bertukar posisi tidur.
  • Bangun dan solat.
  • Jangan di ceritakan kecuali kepada orang alim sahaja.
Wallah hu alam.

Seperkara lagi, sebelum tidur, sebut "bismillah" dan kebut2 tempat tidur kita. Kita tak tahu siapa atau apa yang mendahului kita kat situ. Insya'allah tak de gangguan.


So.....semoga Allah SWT menghindari kita semua dari gangguan syaitan dan makhluk2 yang seangkatan dengan nya. Insya'allah.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India