DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Julai 26, 2010

BSK 49. Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Seremban 27/7/2010

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak beritahu kepada yang duduk di Seremban mengenai gangguan bekalan air.....

Gambar paip kat sinki dapor kami. Hehehe.

Bawah ni notis dari Sains.....

Notis penutupan sementara
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Kepada Pelanggan-Pelangan SAINS yang dihormati,
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DI DAERAH SEREMBAN BERIKUTAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN OLEH TENAGA NASIONAL BERHAD DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI TERIP PADA 27 JULAI 2010
Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) ingin memaklumkan kepada para pelanggan bahawa kami akan melaksanakan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Terip berikutan kerja-kerja penyelanggaraan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada jam 9.00 pagi, 27/7/2010 hingga jam 9.00 pagi 28/7/2010. Pada masa yang sama, SAINS juga akan menjalankan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam utama Gunhill bagi memastikan kualiti air yang baik bagi para pengguna.

Kawasan-kawasan yang dijangka akan menerima gangguan bekalan air adalah seluruh daerah Seremban kecuali:
-               Senawang,Taman Tuanku Jaafar dan Kawasan Industri Senawang
-               Industri Nilai Blok D
-               Sikamat
-               Bandar Seremban Selatan
-               Broga
-               Rantau dan Kuala Sawah
Gangguan bekalan air ini dijangka pulih secara berperingkat pada 28/7/2010. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan berikutan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil sedikit masa.
Pihak SAINS daerah Seremban akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif supaya kawasan gangguan dapat dikurangkan. Pihak SAINS ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para pelanggan semasa kami melaksanakan penutupan sementara ini. Pelangan komersial/industri yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghantar lori air untuk mendapatkan bekalan di Pejabat Operasi SAINS daerah Seremban di Batu 7, Jalan Pantai, Seremban.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha berterusan oleh SAINS untuk memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan bekalan air yang terbaik pada masa hadapan. Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.
 
Maklumat Terkini
PROGRAM PENCUCIAN TANGKI DAN KOLAM AIR SAINS
UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KUALITI AIR DI
SELURUH NEGERI SEMBILAN

Kawan2 yang ada ibubapa/adik beradik/saudara mara atau yang berkenaan boleh le panjang2kan. Boleh le buat preparation sikit.

So.....semoga kita termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang saling bantu membantu. Insyaallah.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India