DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Julai 12, 2010

BSK 31. Abrahah Moden

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami tertarik dengan berita "Tarik pelancong Arab" dimana Kementerian Pelancongan rangka program untuk pelawat dari Asia Barat ketika Ramadan. Berita dari sebuah akhbar pada hari Rabu, 7 Julai 2010.

Dikatakan lagi "Promosi berkenaan akan dilaksanakan kementerian kerana mendapati pelancong Arab tidak gemar melancong pada Ramadan kerana berpendapat tiada kemudahan disediakan sama seperti yang terdapat di negara mereka. Sebaliknya, mereka perlu tahu bahawa negara ini mampu menyediakan kemudahan yang mereka perlukan tambahan pula Malaysia adalah negara Islam. Sudah tentu budaya Islam amat menepati keperluan mereka seperti kemudahan untuk bersembahyang terawih, berbuka puasa dan mendapatkan makanan halal". 


Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan. Pada bulan ni ramai yang berkunjung ke Mekah kerana mahu merebut ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada tetamu yang mengunjungi rumah Nya. Rakyat Malaysia yang berkemampuan pun berbondong-bondong ke sana.

Ada kah negara kita boleh memberikan ganjaran seperti yang ditawarkan Allah SWT?

Jangan pula kita kerana ekonomi mahu mengalih manusia dari berkunjung ke rumah Allah SWT seperti kisah Abrahah dari Yaman. Dimana Abrahah membuat pelbagai pembangunan untuk menyaingi Mekah. Nauzubillahi min zalik.

So.....semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan yang mengikuti segala perintah Nya dan menghindari segala larangan Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India