DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Julai 29, 2010

BFK 64. Sains dan Air Dimana Kamu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami membuat persiapan juga pasal gangguan air yang dijadualkan kat kawasan Seremban pada 27/7/10.

Kronologi nya.....
25/7/10 :


Dah siap basuh bekas2 air. Dari yang paling besar sampai yang terkecil. Berpeluh juga nak membasuh bekas2 tu. Ish ish ish.

26/7/10 :

Siap mengisi air untuk bilik air dan tandas.

3 bekas ni untuk kegunaan kat dapur. Untuk masak, basuh pinggan mangkok dll. Ada lagi kat bekas2 kecil tapi tak payah le nak ditunjuk. Hehe.

Ni plak kat tempat letak kereta. Untuk siram pokok.

27/7/10 :

Hari yang dijadualkan tak ada air.....
  1. 10.00 am - masih ada air keluar. Pressure masih kuat.
  2. 12.00 pm - sama je. Kuat keluar air nya.
  3. 1.00 pm - call Sains. Tanya kawasan kami ni betul ke ada gangguan. Jawapan nya YA! Air yang keluar tu baki air sediada kat dalam saluran air tu. Bagus tu!
  4. Sampai ke malam memanjang ada air! Hehe.
 28/7/10 :

Jam 6.30 am - masih ada air. Orait! Bahagia!

Jam 11.00 am - dah tak de air plak! Huhu.  Kata hari ni jam 9.00 am air dah mula ada! Huhu lagi ni.

Jam 10.00 pm - masih tak ada air kat rumah. Masalah! Air simpanan kat bilik air dah surut.

Jam 12.00 am - tak dengar pun bunyi air masuk kat tangki. Huhu.

29/7/10 :

Jam 6.25 am - huhuhu. Air tak de lagi!

Jam 9.25 am - call Sains. Pegawai Sains berkata pam air kat kawasan Bukit Kepayang rosak. Air berkemungkinan dapat dibekalkan pada jam 12.00 pm ni. Allahhuakbar!

Mak dan abah kami ada kat rumah kami untuk 10 hari ni. Mereka dah tak cergas, jadi air kat tangki untuk kegunaan mereka. Mintak2 betul seperti yang dikatakan, jam 12.00 pm. Kalau tak naya kami!

So.....semoga kita dijadikan Allah SWT termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang sabar. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India