DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Julai 07, 2010

BFK 53. Satu Perjalanan Ke Selatan.....

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ke Johor pada hari Sabtu lepas. Menghantar anak ke 3 balik ke tempat pengajian dia. Kami berlima je kerana si abang sorang tu dah awal2 lagi pulang kat pusat pengajian nya di Selangor.

Jom ikuti perjalanan kami.....

Kan kosong kereta ni.....


Belum sempat mata berkedip dah penuh dengan muatan. Kat bonet, kat kerusi belakang. Kat laluan kerusi pun ada. Anak perempuan katakan. Anak lelaki bonet kancil dah cukup. Tu pun dah termasuk kawan sebilik punya barang.


Kami tak nak le tunjuk masa mengusung barang2 tu masuk ke bilik dia. Cuma nak tunjuk masa kami berkelah kat dalam kereta lepas solat zohor. Zass.....


Terpaksa le dashboard jadi tempat letak lauk. Wife masak 3 jenis je. Gambar paling atas dari kiri gulai ayam, kat tengah sayur campur dan kanan tu paru goreng sambal. Gambar tengah tu wife sedang menjamu selera. Kat bawah tu kami punya.
Anak2 punya tak sempat nak diambil gambar. Kami sibuk makan. Lapor! Hehe.

Anak ke 3 dah settle semua urusan nya kami pun balik. Singgah kejap kat Tangkak. Nanti kami beritahu beli apa. Sebelum tu kami nak tunjukkan permandangan lebuhraya dari dalam kereta. Jom ikuti.....

Cantik permandangan lebuhraya kita. Hijau2an gitu. Yang tak sedap cuma sakit kat poket je. Huhu.


Jom kami tunjuk apa yang kami beli kat Tangkak. Kami perlihatkan kedai nya dulu.....


Bukan kedai kain tapi kedai jual durian. Hehe. Nak beli kain kat Nilai pun berlambak.


Durian cap Three Leaves Y. Why? Don't know Y. Hehe.


Isi nya cantik2. Tak de seulas pun terbuang. Berbaloi membeli.


Keluar rumah jam 10.45 pagi sampai rumah jam 5.00 petang. Tu le satu perjalanan kami ke selatan. 


So.....semoga kita berbahagia bersama keluarga. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India