DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Julai 14, 2010

BFK 56. Special Hari Selasa

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tengahari semalam kami masak lauk yang cukup special. Bukan lauk yang kami selalu makan. Hehehe.

Ulam-ulam yang tersenarai sebagai bahan2 utama nya. Tak pe kami senaraikan lagi kat bawah ni:
  1. daun kunyit
  2. daun kadok
  3. daun cekor
  4. serai
  5. pucuk ubi
Kalau orang nogori sebenar yang sediakan atau masak ulam2nya berpuloh juga. Kami ni lima pun dah cukup banyak. Hehe.

Ada 2 bahan penting lagi yang dimasukkan:
  1. udang
  2. tempoyak
Jadi le seperti bawah ni.....

Seperti lagu yang kita selalu dengar:

"Udang di laut, ulam di darat
Tempoyak di buat, dalam kuali semua muafakat"

Ada lagu macam tu ke? Lain macam je! Lagu baru le tu. Hahaha.

Pertama kali kami masak masakan ni. Jadi kami masak ikut citarasa kami. Tempoyak nya tak le kami letak banyak. Yang penting boleh kami makan. 

So.....semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yang di kurniakan oleh Allah SWT. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India