DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Julai 27, 2010

BFK 63. Masak-Masak Untuk Mak Abah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mak dan abah kami ada kat rumah kami sekarang ni. Malam Sabtu lepas sampainya. Kami masak je kat rumah kerana kedua mereka dah tak secergas dulu. Tak dapat nak bawa makan kat luar. Kat sini kami tunjukkan apa yang mereka minta.....

Tepung yang dah diuli, dibulat2kan dan dibiarkan semalaman dengan minyak.

Bentuk ni diperolehi selepas proses tarik menarik, tebar menebar. Tapi sayang proses tu kami terlepas pandang plak. Huhu.

Dileperkan dengan jari jemari. 

Dimasak atas kuali leper dan .....

Dapat le benda yang dinamakan roti canai. Tapi belum sedap lagi.....

Kami sediakan pulak sehati-sejiwanya, kuah dalca. 

Fullamak! Banjir! Hehehe. Sedap dipandang sedap lagi dimakan. Sorry kerana tak dapat rasa.

Kami ada juga sejuk bekukan sebahagian dari roti canai tu.....

Bila terasa nak makan, panaskan je. Wife uli 1 kilo tepung dapat 21 keping roti canai. Cost saving tu!

Mak dan abah tak le mintak lamb chop ke atau chicken chop ke. Tak juga minta pizza ke atau burger ke. Mereka minta yang simple je, roti canai, mi hailam, pecal, kerang rebus, masak lemak rebung. Orang kampong je!

So.....semoga Allah SWT memasukkan kita didalam golongan anak2 yang soleh. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India