Assalamualaikum.
Anak ke 4 kami ada membawa balik dari sekolah 3 pamplet seperti berikut:
- Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan
- Kempen Konsumer Kebangsaan Pengguna Dan Air
- Panduan Ringkas Penggunaan Berhemat
Panduan2 yang ada didalam pamplet seperti berikut:
- Hak pengguna
- Tanggungjawab pengguna
- Perkara mudah untuk menjadi pengguna berhemat
- Pengurusan Kewangan
- Menguruskan kredit
- Menguruskan kad kredit
- Langkah2 dalam pengurusan kewangan
- Tip untuk meningkatkan kewangan anda
- Melindungi rumah anda
- Berkebun di rumah
Hak Pengguna
- Hak untuk mendapatkan keperluan asas Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang sejahtera. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
- Hak untuk mendapatkan keselamatan Pengguna dilindungi daripada kegiatan memprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna.
- Hak untuk mendapatkan maklumat Pengguna hendaklah diberikan maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkan mereka membuat keputusan yang bijak. Pengguna juga hendaklah dilindungi daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang memberikan maklumat yang palsu, menipu dan menyeleweng.
- Hak untuk membuat pilihan Pengguna dipastikan supaya mendapat maklumat yang mencukupi mengenai pelbagai barang dan perkhidmatan. Maklumat ini penting untuk membolehkan mereka membuat keputusan dalam pembelian dan penggunaan perkhidmatan. Mereka juga perlu diberikan jaminan tentang mutu dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga berpatutan
- Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna diberikan pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan. Begitu juga mereka perlu diberikan tindakan segera dan saksama dalam urusan penyelesaian tebus rugi - Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian barang yang cacat atau berbahaya, ataupun perihal dagangan yang "mengelirukan" yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi perlu diberikan bagi barang atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada pengguna apabila menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut berdasarkan panduan yang diberikan oleh pengeluar. Ganti rugi juga handaklah diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian pengeluar. - Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna Pengguna berhak mandapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan yang sedia ada kurang memberikan penekanan terhadap pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan lebih cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan, tetapi tidak menitikberatkan kepada pengetahuan untuk menjadi pengguna yang bijak.
- Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam suasana alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan wujudnya elemen alam semula jadi yang semakin pupus atau musnah akibat proses pembangunan.
www.fomca.org.my
Tapi rasanya lagi sedap baca kat blog kami. Hehe.
So.....semoga Allah SWT memberi kita panduan untuk membuat pilihan yang betul. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan