DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Julai 26, 2010

BFK 62. Rezeki Dari Allah SWT

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam kami dianugerahkan Allah SWT dengan rezeki buah rambutan. Tak de dusun buah2an tapi dapat merasa rambutan. Hehehe.

Sebuntil juga le. Rambutan Gading!

Yang memberi ni jiran belakang rumah. Keluarga Puan Sooria. Keluarga India. Mereka bawa dari kampong dan beri sedikit untuk kami rasa. Alhamdulillah.

Citarasa kami, manis dan lekang. Tak berair. Hmmm.....

Kebiasaan nya bila Hari Raya kami akan mempastikan keluarga ni salah satu keluarga yang dapat merasa biskut yang kami sediakan. Begitu juga dengan mereka bila tiba masa sambutan perayaan yang mereka raikan kami dapat merasa biskut yang mereka sediakan. Salah satu biskut yang sentiasa kami dapat adalah tart nenas. Biskut ni dipelajari dari wife kami. Dari penyediaan jem nenas sampai buatan corak nya. Tapi walaupun resepi sama tapi rasanya tetap ada kelainan.

Sebenarnya kami dah lama mengamalkan konsep "1 Malaysia" yang diwarwarkan sekarang ni. Tak ada masalah. Memang ada konsep hak jiran dalam Islam.

So.....semoga Allah SWT memasukan kita didalam golongan yang sentiasa menjaga hak jiran. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India