DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Julai 09, 2010

BFK 54. Macam2 Ada.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bila anak2 semua ada kat rumah kami ada juga sediakan beberapa jenis masakan yang mereka terasa nak makan. Biasa le. Masakan keluarga kan sedap. Cukup semua rasa gitu. Kebanyakkan kami dah siarkan. Ni yang baki2 nya.

Jom kami sajikan hidangan2 tu.....

Hidangan pertama ni satay ayam bakar. Setelah ayam diperap ianya dibakar kat dalan oven. Dimakan bersama nasi impit dan juga kuah kacang.


Ini pulak lebihan nasi impit. Kami sira dengan kuah ala2 paprik. 


Nasi dagang. Kami hidangkan dengan gulai ayam, serunding ikan tongkol dan acar karot.  Acar karot tak de dalam pandangan. Si abang tak minat sayur tu.


Ala2 western ni bila nak kelainan sikit. Budak2 suka makan cam ni. Mereka pun yang sediakan semua ni. Paling bawah tu mini hash brown. Kiri atas tu jagung rebus. Kanan atas tu scallop dan nugget ayam.


Ini pun bila nak kelainan sikit. Ada ayam goreng, kentang abjad dan jejari udang. Budak2 tu juga yang sama2 sediakan.

Jika lagi simple kami buat roti canai je. Dicicah dengan kuah dhall dengan sambal tumis. Ada plak apam dua ketul nak posing sekali. Ish ish nak jugak jadi glamour.

Nasi ayam black pepper. Ayam diperap dan dibakar dalam oven.


 
Lagi simple kami buat je goreng2 diatas. Mi goreng dan nasi goreng.  Hehe.

Itu le serba sikit yang boleh kami tunjukkan. 

So.....makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Semoga Allah SWT memberkati kita.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India