DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Julai 17, 2010

BSK 40. Penggurangan Subsidi Bicara Kami

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sedih juga kami bila membaca ada mereka2 yang sehaluan dengan langkah mengurangkan subsidi yang secara langsung menaikkan harga barangan. Kerajaan bertindak tepat! Itu yang dikatakan. Ish ish ish. Ish ish ish lagi.

Kami pun bukan tak bersetuju dengan hujah2 mereka. Betul! Mereka2 ni pakar dalam bidang masing2. Tapi.....

Bila harga petrol naik, semua akan naik.


Macam kami katakan, kami bukan tak setuju dengan pendapat mereka. Kami bersetuju dan memberi sokongan kepada sokongan yang mereka berikan pada kerajaan yang memerintah hanya jika kerajaan memerintah tu berbelanja dengan penuh telus dan berhemah. Kerajaan memerintah dengan penuh amanah dan bertanggung jawab. Dan jika kerajaan memerintah telah memberi yang terbaik kepada rakyat dan mendapati perlu mengurangkan subsidi, haaaa.....baru kami memberi sepenuh sokongan. 

Kita baca di media cetak atau di net banyak nya sifat tidak bertanggungjawab dalam perbelanjaan yang dilakukan kerajaan memerintah. Bukan sedikit, banyak contoh yang ada. 

Rakyat macam kami ni keliru. Duit banyak keluar. Mereka2 yang di angkat jadi pemimpin duduk dalam rumah besar2. Bila negara nak muflis, rakyat kecik juga yang terima bebanan. Apa ni! Tak ada malu ke? Cuba le tanamkan dalam minda yang cerdik tu, kita ni pemimpin di negara yang mengaku "negara Islam". Tak terfikir ke pemimpin pun semakin tua. Dulu rambut hitam, sekarang apa yang ada diatas semua nya dah putih. Kan semua yang kita lakukan akan di hisab. Cuba fikir2kan. 

So.....semoga Allah SWT memberi kita kekuatan untuk mengambil hak kita sebagai rakyat. 

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India