DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Julai 14, 2010

BSK 34. Panduan Ringkas Penggunaan Berhemah FOMCA - 2

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami akan sambung point yang kedua. 
Pamplet yang berkenaan.

Point 2.
Tanggungjawab Pengguna
  1. Kesedaran untuk mengkritik
    Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
  2. Penglibatan dan tindakan
    Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak mereka diberi layanan dengan adil.
  3. Tanggungjawab social
    Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab. Begitu juga kesedaran kepada masyarakat supaya tindak-tanduk mereka tidak menimbulkan kesan buruk.
  4. Kesedaran Persekitaran
    Pengguna hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesan alam sekitar akibat daripada amalan penggunaan mereka. Setiap individu perlu sedar tentang tanggungjawab social untuk memelihara sumber jadi dan melindungi muka bumi untuk keperluan generasi yang akan datang.
  5. Bersatu padu
    Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Insya'allah esok kami berikan point ke 3 pula.

So.....semoga Allah SWT menjadikan kita pengguna yang bijak membuat pilihan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India