Assalamualaikum.
Kami pun nak beri pendapat kami berhubung dengan isu guru berpolitik. Menarik bukan isu tu! Kakak dan abang ipar kami guru juga. Hehe.
Keratan akhbar yang mengesahkan "guru boleh aktif politik". Gred DG41 - DG48. Dah kanan sangat ni!
Kami nak mula dari mana ye? OK, cuba kita lihat apa yang terdapat dalam buku Islam & Demokrasi, hasil buah tangan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang. Jom sama2 baca.....
"England bersedia memberikan kebebasan politik (kemerdekaan) kepada semua tanah jajahannya, apabila wujudnya satu generasi intelektual yang telah diserapkan dengan budaya barat telah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan, tetapi mereka tidak akan mengizinkan sama sekali tertubuhnya sebuah Negara Islam walau pun satu saat."
Itu adalah kenyataan Lord Cromer, salah seorang tokoh penjajah Inggeris yang bertugas di Mesir dan Sudan. Fikir2kan!
Pada pendapat kami guru atau cikgu dalam apa gred sekali pun adalah seorang "public figure" dalam satu sudut. Mereka dikenali oleh murid2, ibubapa dan juga masyarakat setempat dan mungkin juga menjadi sumber rujukan ditempat mereka bertugas. Boleh juga kami sebutkan mereka2 ini adalah "wakil rakyat" tak bertauliah. Dan yang pastinya mereka2 ini juga adalah manusia.
Bila guru2 atau cikgu2 (yang kanan ni) aktif berpolitik iaitu bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, kami amat setuju dengan pendapat yang diberikan bahawa mereka mesti professional. Pada kami ianya bermaksud tidak mengabaikan tugasan2 mereka. Pandai membahagi masa.
Pada pendapat kami orang masuk politik ni banyak sebabnya. Secara umumnya kita kena tenguk jugak parti politik mana yang mereka sertai. Parti politik yang terlalu banyak wang, yang tak berapa banyak wang atau yang sikit wang. Baru kita boleh nampak hala tuju atau tujuan sebenar mereka2 ni.
Jika guru2 atau cikgu2 ni nanti dah menjawat jawatan dalam parti politik, tak kira le yang penting ke atau yang tak penting ke, kan banyak kerja nak dibuat. Sebagai manusia kan teruja untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Semua ada cita2 besar. Lama2 hanyut! Mungkin murid, sekolah, jabatan, ibubapa dan masyarakat akan kehilangan guru2 atau cikgu2 yang berkaliber. Ramai yang rugi.
Jika guru2 atau cikgu2 hendak berpolitik biarlah yang 5 tahun sekali tu. Utamakan pendidikan anak bangsa agar mereka mendapat pengetahuan dan menjadi bijaksana. Dan negara kita boleh maju seiring dengan negara besar lain.
So.....semoga Allah SWT menjadikan kita hamba2 Nya yang berjiwa besar yang mampu menjadi khalifah Nya di mukabumi ini. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan