Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari tu kami kisahkan satu pagi dari depan rumah. Kali ni nak kisahkan satu petang pulak. Hehe.
Lebat hujan petang tu. Sampai air bertakung kat depan rumah jiran kami.
Bila selalu hujan, rimbun pulak pokok2 jiran kami ni. Anak2 panggil jiran kami ni Uncle Chan. Kat belakang (kiri) tu pokok mangga. Dah lebih 5 tahun tapi tak pernah berbuah. Jantan kot.
Ni pulak pohon buloh bonsai, Uncle Chan saja letak kat atas tiang roman pagar kami. Cantik katanya. Tak pe le. Nampak seri juga rumah kami.
Nampak hujan turun menimpa pohon2 kat "green belt" kami. Haa.....nampak tak pokok bunga yang jiran kami tanam? Sebelah kanan tu. Dah habis bunganya.
Kereta mini kami. Kesian, berhujan berpanas. Tak dapat masuk rumah kerana tak de tempat. Kereta besor tak mahu bagi jalan. Ish ish ish.
Habis kisah satu petang. Ni kisah satu malam pulak.....
Cerita pasal makan le. Apa lagi.....
Semua kenal kan? Masakan mi! Tapi mi apa ya? Mi rebus ke? Mi sup ke? Bukan2! Ada kawan2 kata mi kari. Betul!
Petang kan hujan. Sedap makan yang berempah. Panas gitu. Ni kari nya.....
Nampak tak fish cake, fish ball, tauhu bulat, ketulan ayam dan udang? Kalau tak nampak buat2 nampak le. Ada bahan2nya tenggelam kat bawah periok.
Penyedap atau pelengkap mi kari tu. Ada telur rebus, tauhu goreng, tauge dan bawang goreng. Daun sup dan daun bawang segan nak posing jadi tak kelihatan.
Kami ketemukan kesemua bahan2 diatas dan namanya "mi kari". Itu le asal usul nama mi kari. Ha ha ha. Kami kena sebut ayat ni "sedap dipandang lagi sedap dimakan". He he he. Contact kami jika nak resepinya.
So.....semoga Allah SWT memberikan kita rezeki yang halal dan kita dapat menikmati pemberian Nya.
Wassalam.
Selasa, Julai 06, 2010
BFK 52. Satu Petang Dari Depan Rumah Dan Satu Malam.....
Selasa, Julai 06, 2010
Setanak Nasi
No comments
0 comments:
Catat Ulasan