DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Julai 15, 2010

BSK 35. Lurus Atau Leka?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kekadang tu bila difikir-fikirkan memang benar kita ni berada diakhir zaman. Kenapa?

Zaman ni kita seolah-olah tak tahu (atau tak mahu tahu) mana satu benar atau mana satu salah. Kita main percaya je apa yang di khabarkan kepada kita. Kita tak peka. Atau kita pekak? Hmmmm.....

Kita sepatutnya mengikuti jalan yang lurus tapi entah tak tahu kenapa kita leka memandang papan2 iklan kat tepi jalan tu.

Ha.....macam yang ni lah! Asyik leka tengok papan iklan masuk tol yang salah. Silap! Masuk jalan yang salah. Tol tu memang betul, kena bayar!

Ada orang percaya lapuran yang mengatakan orang tertentu ni dipergunakan oleh CIA. Tapi ada pulak lapuran dari internet mengatakan negara orang yang percaya tu nak pulak mengadakan persidangan FBI kat negara dia. Kan dua2 ajensi tu adik beradik!

Untuk mengikut jalan yang lurus kita mesti berilmu. Kita lihat apa kata Tuan Guru Presiden PAS berkata mengenai "kebebasan ilmu" dalam buku dia.

Tuan Guru menulis:
"Islam menggalakkan ilmu yang memberi manfaat di dunia dan di akhirat."
"Islam yang bermula dengan pembangunan manusia dengan iman, ilmu, amal dan akhlak yang mulia."
"Perkembangan ilmu agama secara khusus melahirkan para sarjana Islam yang mampu berijtihad dalam hukum yang tidak ada dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad di samping berkemampuan mentafsir dalil bagi menyelesaikan segala masalah ibadah dan muamalah kehidupan manusia yang sentiasa berlakunya penemuan baru."

Itu cuma sedikit je dari huraian yang diberi. Baca le sendiri buku tu. Hehehe.

So.....semoga kita termasuk didalam golongan mereka yang mencari kebenaran dan sukakan kebenaran. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India