DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Julai 28, 2010

BSK 51. Kopitiam - Halal, Haram, Halam?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami teruja membaca isu berkenaan dengan kopitiam kat akhbar. Pada kami ianya 1 isu yang besar yang sepatutnya tidak seharusnya timbul di negara kita ini. Persoalan nya kenapa ianya menjadi isu sekarang ni?

1 mukasurat penuh dengan pelbagai tajuk:
  1. Sisi gelap kopitiam - logo asli tapi palsu
  2. Hanya Jakim berhak keluar sijil
  3. PappaRich Cawangan Kepong ditutup
  4. Perlu satu logo halal - JHEAIPP
  5. Banyak kopitiam tiada sijil halal di Pahang
  6. Alasan penguasa kopitiam
  7. Pengusaha dakwa sukar dapat logo halal
Ada juga dimukasurat lain.....

Tajuknya "Jangan permainkan umat Islam dengan logo halal"

Menarik tajuk yang ini..... "Kenapa penentuan halal, haram diswastakan?"

Pada kami ada 2 tajuk yang perlu kita beri perhatian:
  1. Hanya Jakim berhak keluar sijil
  2. Kenapa penentuan halal, haram diswastakan?
Kami keliru dengan 2 tajuk ini. Sebenarnya pihak mana yang keluarkan sijil "halal" ni? Adakah pihak swasta membuat penganalisaan dan Jakim mengeluarkan sijil? Ada kerjasama antara 2 pihak ini? Adakah pihak swasta ini mendapat pulangan lumayan membuat pengesahan? Siapa yang membuat pemantauan terhadap pengusaha? Adakah Jakim terpaksa membuat pemantauan dan pihak swasta mengaut keuntungan? Adakah ada pihak mahu untung tanpa usaha?

Pengusaha nak kan "keuntungan". Dengan apa cara sekali pun! Apa nak di hairankan jika ada logo halal terpampang kat  premis2 mereka.

Kami merasakan 4 pihak yang ada hubung kait ni kena prihatin dengan tindakan mereka.
  1. Jakim
  2. Swasta penentu halal, haram
  3. Pengusaha
  4. Pengguna
Jakim dan pihak swasta ni kena sama2 bekerja membuat penerangan, pemantauan dsb. Jangan untung sorang2. Kedua-dua pihak mesti ada pegawai2 yang boleh membuat "after office service". Memang isu halal ni penting tetapi jangan memberatkan pengusaha dengan perkara2 yang remeh.

Pengusaha mesti mengikut peraturan dan memastikan makanan disediakan mengikut spesifikasi halal. Kena prihatin kerana kita didalam masyarakat majmuk.

Pengguna Islam kena peka dengan premis2 makan yang mereka kunjungi. Trend sekarang "main balun" je! Halal, haram belakang kira.

Cara paling senang kita masak sendiri, lebih bersih, lebih sedap, lebih banyak, lebih kenyang dan paling utamanya lebih menjimatkan. Harga barang semakin naik yop!

Kami baru mendapat berita yang rakan sekerja kami dulu kena leukemia. Menurut kawan ni, beliau masuk hospital dan mendapati penuh wad dengan pesakit leukemia ni. Kebanyakkan dari mereka rata-rata 22 - 25 tahun!  Kenapa? Kerana faktor pemakanan. Suka sangat makan "fast food"! Trend gaya hidup moden! Bila bekerja, stress, semua hinggap. Kawan2 doakan semoga sahabat kami ni cepat sembuh.

So.....semoga Allah SWT memasukkan kita didalam golongan hamba2 Nya yang jujur, ikhlas dan perihatin. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India