Assalamualaikum.
Akhir bulan datang lagi. Seperti bulan2 terdahulu, kami ke pasaraya membeli bahan2 kering dan basah. Buat stok. Dah terasa hasil "pelarasan subsidi" atau "pelarasan harga" yang di lakukan. Huhu. Kawan2 yang masih bekerja mungkin macam kena "gigit semut", tapi kami ni macam kena "sengat lebah". Bukan se ekor tapi satu sarang! Huhu. Sedih beb! Rasanya ada lagi hamba2 allah yang lagi tenat dari kami. Macam kena "sengat kala jengking". Huhu menangis sendiri. Tapi tak de siapa yang peduli beb.
Kat akhbar2 tak pulak dikisahkan tentang masalah yang dihadapi rakyat. Perkara yang disiarkan, masalah pasir dan perpaduan. Minda kami yang tak pandai ni pun tahu isu2 tu cuma nak menutupi masalah kenaikan harga. Dulu jika nak tutup cerita isu2 sensitif, tiap2 hari buat cerita pasal hubungan buruk dengan negara jiran kita yang kecil kat selatan tu. Sekarang ni heboh balik pasal isu perpaduan. Di buat macam sessi "jom heboh" plak. Dah senyap, tak de sambutan, macam bertepuk sebelah tangan je, ditimbulkan balik. Orang Melayu kat Malaysia ni bodoh ke? Atau bodoh sangat ke? Buta dan pekak IT sangat ke? Kadang2 bengang jugak dibuatnya isu membodoh-bodoh kan rakyat ni!
Sebelum kami "membebel" lebih lanjut macam Ben Ashaari kata, kita berbalik kat harga barang2 tadi. Stor yang kami selalu pergi ni harga barangan nya masih dalam jangkauan budget kami. Ada le "overrun " juga. Tahap sederhana! Tapi kalau dah tiap2 bulan, senget jugak dibuatnya. Tu belum kereta mintak "teguk" minyak lagi. Gas masak lagi. Huhu.
Harga barang2 yang kebanyakkan orang beli.....
Telur gred C RM9.05 untuk 30 biji. Sebiji dah 30 sen.
Gula dah RM1.90 sekilo.
Harga tepung berbeza mengikut jenama. Gambar2 kat atas tu yang kami selalu tengok. Tapi yang kami ambil semestinya yang RM1.35 tu. Buat jompot pakai tu, buat kek pakai tu, buat roti pakai tu, buat apa je le.
Tu kami yang anak2 dah besor2. Kalau kawan2 yang ada anak kecik? Dengan Cerelac nya, dengan Rusks nya, dengan Nespray nya, dengan Dumex nya, dengan Mamil nya, dan lain2 lagi. Tu belum pampers dan yang sewaktu dengan nya. Menanah juga poket tu.
Kerajaan memerintah mahu kita tukar cara hidup jika terjadi perkara macam ni. Tapi adakah mereka2 ni sanggup menukar "style" hidup mereka sendiri? Fikir2kan.....
So.....semoga Allah SWT menjadikan kita manusia yang bertimbang rasa dan adil. Amin.
Wassalam.

0 comments:
Catat Ulasan