DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Julai 03, 2010

BFK 51. Kisah Raja Buah Lagi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ni nak kisahkan pasal durian. Nak beri anak2 makan sebelum semua balik ke kampus masing2. Sayang ibu kat anak2.

Kami berdua jalan2 kat Mantin minggu lepas saja nak meninjau-ninjau. Rupanya ada. Terus beli. Wife yang bayar. Hehe.


Seperti dulu, abang yang kopek. Paksa rela gitu. Kuat abang tu. Sasa.

Jom kami tunjukkan gambar lepas dikopek.....

Boleh tahan. Yang lebih kami simpan kat peti ais. Sedap bila disimpan kat peti ais. 


Ada juga yang nipis biji nya. Yang tak berapa sedap.....

Memang ada juga yang kurang rasa nya. Biasa le. Tak pe wife buat process seterusnya.....


Alah, proses yang kita letak garam dan disimpan. TEMPOYAK!


Dah dimakan pun tempoyak nya. Wife tumis buat cam sambal tumis. Kami makan juga. Kali pertama makan sambal tempoyak. Hehe.


So.....Allah SWT dah beri kita rezeki. Kita berterima kasih kepada Nya. 


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India