Bismillah.
Assalamualaikum.
Sesekali terbaca akhbar nak jugak buat komen. Bukan pandai nak buat perkara tu.
Artikel bertajuk "It's democracy and not derhaka" dan intipati nya "It is one thing to have a populace that does not quite understand the full extent of their democratic rights, it is quite another to have leaders perpetuate a feudalistic atmosphere to keep their grip on power."
Satu kenyataan yang benar pada pendapat kami. Jika dipandang ada dua pihak yang terlibat kat sini. Satu pihak rakyat dan satu lagi pemimpin. Sila baca:
http://setanaknasibicaradunia/2010/06/bbk14-islam-demokrasi-bab-7-prinsip.html
Jika kawan2 berminat baca le buku yang di nukilkan oleh Tuan Guru Presiden Pas berhubung dengan demokrasi.
Pada pendapat kami rakyat dan juga pemimpin rasanya bukan tak mengerti hak2 mereka. Cuma tak mengerti atau tak mahu mengerti apa itu "amanah". Kepimpinan adalah amanah, mengikuti juga adalah amanah, mendidik/menjaga anak2 adalah amanah dan semua kehidupan ini adalah amanah. Kita akan disoal mengenainya.
Kepimpinan berkongsi harta rakyat dengan rakan taulan. Pemimpin hendak kekal memimpin, rakan taulan hendak mengaut sedikit dari habuan kehidupan. Kedua2 tahu hak demokrasi mereka, tetapi dek kerana dunia, tak ambil tahu apa yang terjadi kat negara. Jadi bermati-matian memberi sokongan.
Sama seperti manusia yang sanggup mendera, membuang dan membunuh anak sendiri. Anak kan amanah dari Allah SWT. Banyak perkara yang dilakukan oleh kita tapi kita tidak mengambi kira amanah yang berkaitan dengan nya.
Tak nak le komen banyak2. Cukup le sampai disini je.
So.....semoga Allah SWT memasukkan kita didalam golongan yang mampu memilih "yang benar itu benar dan yang bathil tetap bathil". Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan