DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Julai 04, 2010

BSK 24. Lipas a.k.a. Cockroach

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pernah encounter dengan lipas? Selalu rasanya. Rumah bersih cammana pun dia mesti ada. Takut lipas? Tak! Habis tu kenapa pulak  melompat atau melatah bila benda tu nak melintas? Terkejut kot! Haha.

Pagi tadi yang terkejutkan kami. Dah mati pun.

Banyak fakta menarik tentang lipas ni.
  • boleh hidup dimana saja dan tahan lasak;
  • boleh hidup tanpa makanan selama sebulan;
  • boleh hidup lebih satu minggu tanpa kepala kerana otak nya beselerak kat seluruh badan;
  • projek sekali tapi mengandung seumur hidup; dan
  • banyak lagi.
Ini pula dari perhatian kami.
  • bila ia keluar atau merayap selalunya berpasangan;
  • bila seekor sahaja dapat dibunuh seekor lagi (pasangan nya)akan muncul pada masa lain atau malam berikut nya; dan
  • macam boleh tahu siapa bunuh pasangan nya.
Mungkin kami salah. Tetapi selalunya kami encounter begitu. Pasangan lipas diatas kami bunuh kat dapur malam sebelumnya. Yang diatas tu muncul pagi tadi kat bilik tidur kami. Macam menyerah diri je. Tak bergerak kat lantai. Apa lagi kena sembur racun serangga le. Fikir2 macam cerita seram je. 

So.....segala sesuatu ciptaan Allah SWT yang Maha Pencipta. Cuma kita je tak tau kegunaan ciptaan Nya. Fikir2kan. 

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India