DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Julai 17, 2010

BSK 39. Petrol Naik Semua Naik

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mungkin tak terlambat untuk kami terpaksa mengucapkan tahniah kepada rakyat 1 Malaysia dengan kenaikkan terbaru harga petrol dan bahan2 lain. Seperti yang diketahui.....
  1. petrol RON 95 naik 5 sen
  2. petrol RON 97 tak bersubsidi
  3. diesel naik 5 sen
  4. gas LPG naik 10 sen sekilo
  5. gula naik 25 sen
Tercuri dengar perbualan 2 sahabat karib ni:

Putih: 
"Apasal kecoh sangat manusia ni pasal kenaikan bahan bakar dan gula ni?"
Oren:
"Bila bahan2 tu naik, semua yang lain naik. Tambang kenderaan awan, bas sekolah, harga ikan, harga beras dll. Paham!"
Putih:
"Kita kucing jalanan ni ada terkena tempias dak?"
 Oren: 
"Ada le. Kenapa tak de! Sekarang ni kita dapat jugak kepala ikan, tulang ikan dan juga nasi lebihan. Bila semua barang dah naik, kepala dan tulang ikan pun terpaksa manusia proses dan telan. Nasi lebihan di simpan kat dalam peti ais. Kumpul2 dia orang buat nasi goreng"
Putih:
"Kenapa plak sampai begitu?"
Oren:
"Budget not under control beb! Lari habis!" 
Putih: 
"Habis tu rakyat biasa camno?"
Oren:
"Sekarang ni rakyat biasa bekerja di opis dari jam 8.00am sampai 5.00pm. Kemudian buka warung kat pasar malam dari 7.00pm - 11.00pm. Lepas kenaikan ni kena sambung plak buat kerja lain dari 12.00am - 6.00am."
Adakah sesiapa yang benar2 menjaga masalah rakyat? Projek utama kerajaan yang memerintah adalah mempastikan kesejahteraan rakyat! Kesejahteraan rakyat sepatutnya bukan tujuan sampingan! Apa guna nya kerajaan jika pendapatan nya tidak balik kat rakyat? Pembangunan mencapai taraf dunia tapi kehidupan rakyat cuma kelas 3 apa guna nya? Rakyat perlu menilai semula siapa yang perlu memimpin. Celikkan mata besar2 dan buka telinga besar2. Hati pun mesti besar. Jangan mengkhinzir buta je!

So.....semoga Allah SWT menjadikan kita hamba Nya yang pandai membuat pilihan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India