Assalamualaikum.
Lambat sikit membaca buku hasil nukilan Tuan Guru Presiden PAS ni. Banyak perkara menarik yang ada kat dalam buku tu.
Buku berkenaan.
Surah al-Ghafar, ayat 23-24:
"Dan sesungguhnya kami sudah mengutuskan Musa menjadi rasul dengan ayat-ayat kami dan hujah yang nyata, kepada Fir'aun, Haman dan Qarun. Lalu mereka berkata, Dia ahli sihir dan paling pembohong."
Tuan Guru menyatakan bahawa ayat ini menjelaskan tiga kelompok yang terlibat dengan pemerintahan zalim,
- Ketua negara yang berkuasa mutlak (Fir'aun)
- Pentadbir yang licik mengendalikan urusannya (Haman)
- Hartawan yang bersekongkol dengan pemerintah (Qarun).
"Maka dia (Fir'aun) telah menjadikan rakyatnya bodoh, lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik."
- Surah az-Zukhruf, ayat 54.Allah juga menceritakan bahawa rakyat bersamanya pada Hari Kiamat:
"Maka mereka mengikut perintah Fir'aun, padahal perintah Fir'aun itu tidak betul. Dia mendahului kaumnya pada hari kiamat nanti, lalu memasukkan mereka kedalam neraka, dan neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi."
- Surah Hud, ayat 97-98S0.....semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah SWT. Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan