Assalamualaikum.
"Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno." kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Kawan2 setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh orang kuat PAS tu?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah dan bukan dari golongan ku sesiapa yang mati atas jalan Assobiah."
[HR:Abu Daud]
Jika kita hendak tahu samada kenyataan yang dibuat masuk akal, senang je. Apa yang perlu kita buat ialah dengan membaca. Baca maklumat dan info dari sumber2 alternatif selain dari akhbar2 arus perdana dan yang di siarkan kat TV. Buat le comparison beb. Kena peka dan berfikiran terbuka kepada apa atau terhadap apa yang sedang berlaku kepada negara kita ni. Rajin2 le juga dengar kuliah kat surau atau masjid. Buat le pertanyaan kat ustaz atau ustazah yang mengetuai pengajian tu. Kat masjid ceramah nya ikut buku. Kat surau lebih ceria. Jika segan bertanya masa ceramah, tanya "face to face" atau "hati ke hati" dengan tenaga pengajar. Kena ada juga ilmu agama untuk menempuh zaman mencabar ni. Baru celik minda dan boleh membuat pilihan dengan bijak. Tak le kita mengkhinzir buta je jadi pak turut. Jangan pandang remeh kerana salah pilihan, merana badan.
So.....semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan ilmu yang bermanfaat. Amin.
Wassalam.
So.....semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan ilmu yang bermanfaat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan