Assalamualaikum.
Kami ke sekolah anak ke 4 pagi semalam. Ada "Hari Permuafakatan" yang dianjurkan oleh sekolah berkenaan. Jom ikuti kami.....
Sebelum tu, ni rasa nya "eyes catcher" of the day. The Titanic! Atau The Black Pearl (Pirate Of The Carribbean)? Hehehe.
Hari Permuafakatan ini untuk mengambil Rekod Prestasi Pelajar. Tujuan utama untuk ibubapa/penjaga berpeluang berbincang dengan guru2 segalanya berkaitan dengan anak kita.
Cikgu yang kami nak berjumpa sedang berbincang dengan seorang pelajar. Sebelah kanan tu Cikgu Faridah Hashim (guru kelas 4B) dan sebelah kiri tu Cikgu Ng Mui Ching (guru ekonomi). Bila "face to face" ni baru le kita lebih tahu watak anak kita kat sekolah. A very interesting session indeed! Terima kasih cikgu!
Dah ambil rekod prestasi anak, kami jalan2 sikit kat kawasan sekolah.
Gambar paling atas papan tanda Perpustakaan SMK Methodist (ACS) atau Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan waktu beroperasi.
Kat tengah tu deretan majalah sebagai hiasan kat tangga sebelum sampai kat perpustakaan. Menarik juga.
Paling bawah tu salah satu almari cermin mempromosi buku2 baru. Almari cermin ni setentang dengan pintu masuk perpustakaan tu.
Kaunter perpustakaan, kelihatan Cikgu Sabariah Abdul Rahman sedang bertugas. Pengawas Perpustakaan segan nak bergambar. Ish ish ish.
Luas juga perpustakaan tu. Ada banyak juga kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Kami sempat berbual dengan Cikgu Sabariah, banyak informasi yang kami dapat. Pihak sekolah mengalukan individu2 atau pihak2 yang mahu menyumbangkan buku, majalah atau kemudahan perpustakaan kepada sekolah. Boleh berhubung terus dengan pihak sekolah jika terniat. Mulia tindakan kita tu.
"Rasa dahaga bukan kepalang,
Minum sirap bersama ais,
PSS semakin cemerlang,
Menjadi kebanggaan warga ACS."
Menuju ke kereta, kami sempat mengambil beberapa gambar menarik.....
Dikatakan replika muncung kapal Titanic. Orait juga, ada bentuk muncung kapal. Tahniah kat pasukan pengakap.
Ni "booth" yang dibuka oleh pasukan pengakap sekolah. Sedang tekun memberi penerangan kat pengunjung.
Sebahagian dari petugas2 yang memastikan trafik masuk dan keluar berjalan lancar. Memang lancar, tahniah kami ucapkan pada Unit Trafik.
Ada lagi tempat yang menarik tapi tak sempat kami singgah. Nak bawa anak ke 4 tu ke klinik. Mata kiri dia sakit. Dah semalaman sakit. Doktor beri ubat sakit dan antibiotik. Jangkitan kuman kata nya.
So.....semoga kita semua dianugerahi Allah SWT dengan anak2 yang soleh yang menjadi penyejuk mata dan berdoa kebaikan untuk kita. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan