DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Julai 16, 2010

BSK 37. Satu Boleh Satu Lagi Tak Boleh

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami begitu tertarik dengan satu berita yang kami baca kat The Star 15/7/2010.....

Kecik je berita nya. Rupa nya ada 480ha ladang untuk bela "pig" a.k.a. khinzir kat Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Terletak jauh kat dalam estet tapi ada penempatan penduduk berdekatan.

Tak pulak dengar ada rungutan. Rasa nya penduduk kat sini kuat semangat 1 Malaysia nya.

Al kisah nya dulu ada negeri yang berjiran dengan Negeri Sembilan yang hendak buat projek cam tu le, bangunan siap berhawa dingin. Guna teknologi eropah lagi, fuuh menerima sambutan yang paling menggalakkan. Tiap masa penduduk setempat masuk TV, masuk paper. Sampai popular jadi tempat tu! Dari tak tahu sampai faham sangat letaknya. Last2 tak jadi buat.

Rasanya pengusaha "pig" a.k.a. khinzir kat negeri ni boleh le memohon kat Negeri Sembilan. Settle! Semua orang seronok. Macam orang kata "kill 2 birds with 1 stone". Betul rasa nya perumpamaan ni. Ish ish ish.

So.....semoga kita dimasukkan Allah SWT kedalam golongan orang2 yang berlaku adil. Amin.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India