DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Julai 22, 2010

BSK 45. Tipu Atau Ambil Kesempatan - Satu ?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita sering terbaca kat akhbar berkenaan dengan penipuan menerusi internet.

Selasa 20/7/2010, Berita Harian di muka depan "Dikikis rakan siber" dan diberitahu juga "Kastam dedah 25 mangsa rugi beratus ribu diperdaya sindiket."

Seorang wanita diperdaya RM300,000 bulan lalu oleh rakan siber beliau. Banyak tu! Tetapi yang menariknya penipuan itu pula dikaitkan dengan umpan wang berjumlah RM2.5 juta. Lagi banyak tu!

Adakah kerana ingin sangat membantu teman siber atau ada niat lain kami tak tahu le. Kawan2 kenalah buat andaian sendiri.

Tapi yang pasti dah ada statistik mengatakan 25 orang dah terkena. Itu yang melapurkan, mungkin ada yang tak. Segan rasanya.

Semalam juga ada dilapurkan berita ini.....

Nak komen pun buat terharu je. Tak plak diberitahu samada buat pinjaman kat Along ke, Abang Long ke, Kak Long ke, Pak Long ke, Mak Long ke, To Long ke? Kat bank ke?

Tapi kat tempat kami ni memang banyak kami terima kertas iklan kecil mengenai memberi pinjaman. Sebagai contoh.....

Dikatakan mudah sangat mendapatkan pinjaman dari mereka2 ni. Dapat mudah, bayor susah! Huhuhu.

Kita kena le buat ikhtibar mengenai perkara ni. Jangan sampai terjadi kat kita. Susah keluarga dibuat nya.

So.....semoga kita semua dihindari Alah SWT dari sifat tamak dan kikir. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India